CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 9 April 2011

SMKA Naim Lilbanat menggapai ' Sekolah Berprestasi Tinggi'

Assalamualaikum,
kaifahalukumulyaum??
nahnu bikhair walhamdulillah...


dahulu, SMKA Naim telah berjaya meraih gelaran status Sekolah Kluster Kecemerlangan, dengan dua bidang kluster kecemerlangan iaitu Bahasa Arab dan Kawad Kaki.


kini, SMKA Naim sekali lagi dirisik oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinilai seterusnya diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia,insyaAllah...


Pastinya, ada yang tertanya..." Apakah sebenarnya kelayakan untuk diiktiraf sebagai SBT?' dan ada juga yang mula mencermin diri masing - masing..lalu bertanya ' layakkah kita?'


Soal kelayakan tidak perlulah dibincangkan di sini. InsyaAllah jika ada rezeki, Allah akan mempermudahkan urusan sekolah dan kita semua ke arah menggenggam status SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI suatu ketika nanti.


APA?



Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 27 Julai 2009.
".....sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".

                          (YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, PICC, 27 Julai 2009)
        Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
        Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.
        Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT kohort 1 oleh YAB Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Majlis pengiktirafan SBT telah diadakan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010.
DEFINISI 
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.
RASIONAL
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:
a) Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
       
- Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
b) Menghasilkan Murid Cemerlang        - Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
c) Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem       - Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lenih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT
    Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek berikut:
a) Pengurusan Kurikulum
b) Pengurusan Kewangan
c) Pengurusan Sumber Manusia berdasarkan prestasi
d) Pemilihan murid
***
Kami terpanggil untuk berkongsi dengan semua apakah sebenarnya di sebalik pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi?? Tidakkah kita perlu mengetahui dengan jelas akan matlamat kita semua? Segala susah payah pihak sekolah, pentadbir dan guru - guru dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan yang tinggi ini, pastinya akan lebih bermakna jika kita semua, semua minda kita, tindak tanduk kita semua ke arah gol yang sama!
Rasanya masih banyak yang perlu dibaiki oleh kita semua, Naimians. Sama - samalah kita berubah ke arah lebih positif dan melakukan anjakan paradigma. Semoga suatu hari nanti, kita semua akan memberi suatu kejutan buat masyarakat dunia akan kehebatan hakiki warga Naim.

0 comments: