CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 18 April 2011

KENAPA perlu PATUH?? aderr aku kesah??

Islam itu indah.
Bukan salah Islam, kalau orang yang menganutinya buang anak, merokok, zina dan segala macam maksiat.

Syariat ISLAM pula berlandaskan 5 perkara. Setiap satu perkara telah difikirkan oleh Yang Maha Esa. 5 perkara itu  AKAL, NYAWA, NASAB, HARTA dan AGAMA.Diingatkan setiap satu perkara pasti ada hikmahnya. Secara ringkas, ARAK diharamkan kerana akan merosakkan AKAL. suicide ...at-tadkhin ( merokok ) ...walaupun secara perlahan - perlahan tetap akan meragut NYAWA!. Laa taqrabu ZINA. zina mampu meledakkan banyak masalah sosial dan menjejaskan NASAB manusia dan akhir sekali MURTAD, tiada lagi ISLAM sebagai pegangan akidah yang sudah menjadi fitrah dan paling syumul jika MURTAD,nauzubillah...

Sebenarnya, terpanggil untuk post kali ni, sebagai satu luahan..persoalan yang sentiasa menjadi isu perbincangan kita .mengapa enggan mematuhi peraturan sekolah? 


Percayalah setiap sesuatu pasti ada hikmah di sebaliknya.
'Peraturan sekolah itu selagi tidak melanggar syariat Islam, kita perlu patuh.' kata seorang pendidik.


Kawan - kawan...
Kenapa kelihatan tak selesa dengan tudung labuh tu?? Bukankah kita dituntut untuk menutup aurat dengan sempurna? Pernahkah terfikir akan ada yang nakal2 memerhati susuk tubuh dari jauh?? 
Pastinya ada pihak yang menimbulkan isu ' Mengapa perlu jadi hipokrit? Kat sekolah, pakai tudung labuh tetapi di luar...??' Kenapa perlu sempitkan pemikiran kita? Mengapa tidak ambil peluang untuk mengubah diri ke arah kebaikan? practice makes perfect. tidaklah bermaksud untuk menutup aurat dengan sempurna kena pakai tudung bulat macam tu je kan? Asalkan kena dengan syarat - syarat,insyaAllah boleh.


seterusnya kenapa susah sangat nak patuh dengan etika pakaian seorang pelajar? PELAJAR ke SEKOLAH berjalan lenggang lenggok bagai itik pulang petang ,lihat di kaki slipper Jepun menjadi pilihan. tidakkah nampak tidak kemas seorang pelajar menyarungkan sepasang selipar ke sekolah? agak - agak bagaimana kalau jurutera, arkitek profesional memakai slipper untuk ke tempat kerja mereka, tapak projek yang memerlukan ciri keselamatan yang maksimum.
mengapa tidak kita berfikiran luas, pastinya setiap peraturan ada hikmahnya. Kot nanti terpijak paku, tak ke sakit. Malang tidak berbau, kawan - kawan.


lagi satu... kenapa susah sangat nak pakai nametag , lencana..macam ni, lencana dan nametag itu kan menjadi suatu yang menunjukkan identiti kita sebagai seorang pelajar sesebuah sekolah. Ada ke sekolah di luar sana yang tidak menekankan tentang pemakaian lencana dan tag nama? nauzubillah, kalaulah seseorang pelajar terlibat dalam kemalangan selepas waktu sekolah * ditakdirkan tak ade kad pengenalan, lencana sekolah , tag nama ! macam mana pihak tertentu nak identify mangsa tadi...at least, kalau ada lencana sekolah, tag nama boleh jadi pengecaman awal...pihak hospital ,polis boleh maklumkan kepada pihak sekolah sebelum dimaklumkan kepada ibu bapa.
lagipun, kawan - kawan ingat tak masa kita baby dulu...bukankah di tangan kita yang mulus ni, dipakaikan tag berwarna pink / biru tercatat nama ibu, mummy, mama, emak, ummi dan nama kita? kalau lah tak ade tagname tu, mungkin berlaku pertukaran bayi secara tak sengaja. Baby kan semua sama cute je ;) 


maafkan ana jika ada yang terguris hati dengan post ana kali ini. Tidak ada niat lain selain menasihatkan diri sendiri dan kawan - kawan agar patuh dengan peraturan sekolah. ingatlah setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Berfikirlah ke hadapan jangan sempitkan paradigma kita.
Seribu juta kemaafan ana pohon andai ada yang kecil hati...sebelum attack ana, bawa bersabar dan istighfar ..manusia itu lemah dan sering melakukan kesilapan.


Akhirul kalam,
sama - samalah kita mencegah kemungkaran...
PEACE NO WAR







J.U.V.A.N.A

Assalamualaikum w.b.t
Tangan hari ni rajin nak post kat blog.
Terpanggil pulak nak share dengan semua tentang 'kes juvana'
Hari ni dalam class pun buat latihan rumusan tentang ' tindakan mengatasi masalah disiplin di sekolah dan kesannya kepada negara'
on the way balik rumah pun,kedengaran dari corong radio Era.fm tentaaaang....


 Bilangan Kes Jenayah Juvana Semakin Membimbangkan - KP Pelajaran


untuk tatapan semua,berikut adalah petikan yang menjadi topik hangat hari ni


>>> 


PUTRAJAYA, 18 April -- Bilangan kes jenayah yang melibatkan pelajar atau lebih dikenali sebagai pesalah juvana adalah semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Beliau berkata ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Cawangan Dasar/Pencegahan Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat.

"Kebimbangan ini jika tidak ditangani dengan segera akan menambahkan lagi bebanan pihak kementerian dalam menangani masalah sosial termasuklah penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pil khayal, peras ugut, kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan yang berhubung kait dengan jenayah," katanya semasa merasmikan uniform Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini pada Isnin.

Abdul Ghafar berkata berkata mengikut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah-sekolah di negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes-kes kecurian.

Justeru beliau berkata setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sebagai salah satu usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar perlakuan jenayah di sekolah.

Abdul Ghafar berkata penubuhan kelab itu yang mendapat kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan dijalankan dengan lebih agresif dan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri turut ditubuhkan untuk memantau perkembangan kelab itu.

Katanya sehingga kini 5,587 daripada hampir 10,000 sekolah di seluruh negara telahpun menubuhkan kelab itu, melibatkan seramai 611,450 pelajar.

"Kita ada lebih kurang 20 peratus sekolah-sekolah yang kurang murid, yang bilangannya tak sampai 50 orang, jadi kemungkinan sekolah sebegitu nak menubuhkan kelab macam ini agak sukar sikitlah," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata yayasan itu meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu penubuhan kelab itu di peringkat sekolah, serta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan.

Beliau berkata penubuhan kelab itu juga telah terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan kes-kes jenayah dan kejadian salah laku, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak sekolah.

"Ini merupakan respons yang begitu baik dan menggalakkan, serta mendorong yayasan untuk terus bekerjasama dengan kementerian," katanya.




Friday 15 April 2011

KEM TAZKIATUN NAFSI

First of all , what is KEM TAZKIATUN NAFSI..? Well , secara ringkasnya kem ni bertujuan mendidik dalaman dan luaran pelajar agar menjadi lebih cemerlang dan sentiasa mendekatkan diri denganNya. Alhamdulilah kem tersebut degan jayanya diadakan selama 3 hari 2 mlm bermula pada 7-9 April 2011 bertempat di Hotel MGU. Seramai 40 pelajar bertuah terdiri daripada pelajar tingkatan 2-6 telah terpilih. 
Jutaan terima kasih diucapkan buat alumni2 SMKA Naim Lilbanat selaku fasilitator program. Tak lupa juga kpd pengawas2 tingkatan 4 dan beberapa org pengawas tingkatan lima, selaku koordinator2 yang bertungkus lumus dlm menjayakan kem ini. 
* Fasilitator

* Koordinator

Check It Out !

Taklimat ringkas

Kuliah Maghrib
oleh Ustaz Abdul Halim

catat jangan tak catat !

sedikit penghargaan disampaikan oleh pengarah program

SESI CERAMAH :

Am I a Real Muslim..?
oleh Encik Akmarudi, kaunselor SMK Puteri Saadong

Meniti Realiti Hidup
Sebelum start, jom exercise !
Sesi ceramah banyak memberi impak positif terhadap para peserta. Penyampaian yang sangat berkesan dihargai sepenuhnya. Aspek tujuan hidup, tanggungjawab sebagai seorang muslimah sejati, anak solehah, pelajar dan juga remaja banyak ditekankan. Sesungguhnya hal ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, sedar tidak sedar air mata mengalir dari hati yang ikhlas dan tulus. Diharap kesedaran tersebut dapat membentuk diri menjadi seorang yang lebih tabah dlm mengahdapi roda-roda kehidupan kelak. Ingatlah bahawa setiap perkara ada gantinya, setiap perlakuan ada ganjarannya, setiap kejadian ada hikmahnya di sebalik kejadianNya.

SESI LDK

RESOLUSI 

Mas'ulah
Naib Mas'ulah
Pengarah Program

MAJLIS PENUTUP
Tepat jam 9.30 pagi, majlis penutup dirasmikan oleh mudirah, Pn. Hjh Maimunah Bt. Ismail. Puan Pengetua juga ditemani Ustazah Hachinah selaku PK HEM, Ustazah Karimah dan kaunselor sekolah. *Pada hari yang sama juga, aktiviti gotong-royong perdana dijalankan di sekolah

Penghargaan buat peserta terbaik

K.L.I.K !
makan time !

dari MYDIN ke MGU
selamat pulang....
tulang belakang sepanjang program
bergambar kenangan

para peserta tersayang
wajah-wajah ceria

Alhamdulilah, program pertama yang diuruskan oleh pengawas tingkatan 4 berjalan dengan lancarnya. Byk pengalaman yang dipelajari dan InsyaAllah akan dipraktikkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan. Diharap segala pengalaman lepas, para peserta atau diri anda sendiri mengambilnya sebagai pengajaran untuk masa hadapan kelak. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan. Jutaan kemaafan dipohon daripada pihak kami sekiranya ada sedikit kekurangan. Segala yang baik dari program ini datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu kekurangan diri sendiri.


Thursday 14 April 2011

Jauh di mata, dekat di hati.

Assalamualaikum w.b.t.
How's your day? May the upcoming days will get better and a lot better for all of us.


Okey, ana mengambil kesempatan ini untuk menghebahkan kepada semua tentang laman web forum Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat bertepatan dengan misi Konferensi Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat 2011 agar lebih banyak perkongsian idea bernas dan pengalaman dalam dunia kepimpinan dapat dihasilkan menerusi laman tersebut.
Peringatan kepada semua pengawas, anda diminta untuk register dalam forum tersebut.
Buat rakan - rakan pengawas dari sekolah - sekolah di luar sana, idea - idea bernas anda amatlah dialu-alukan dan dihargai.Sebarang teguran membina dan komen bolehlah terus disampaikan.


 Kata kunci post kali ini ialah AURA pemimpin. Dalam dunia kepimpinan, sesungguhnya pemimpin paling berwibawa dan idola kita semua iaitu Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.


Mari kita sama - sama hayati keunggulan kepemimpinan junjungan Rasullah.s.a.w



Rasulullah pemimpin paling berpengaruh

Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

MUHAMMAD Abdullah adalah pemuda yang pernah diberi kepercayaan menghakimi perbalahan berkaitan peletakan Batu Hitam (Hajar al-Aswad) berhampiran Kaabah. Baginda juga diberi gelaran al-Amin iaitu seorang yang dipercayai dan beramanah. Baginda terkenal dengan bercakap benar, sopan santun dan disukai penduduk Makkah.

Peribadinya yang mulia membuatkan penduduk pada waktu itu kagum dan menghormati beliau. Setiap perkara yang diberitahu olehnya akan dipercayai tanpa ragu. Sikapnya yang suka membantu penduduk di situ walaupun orang dibantu musuhnya sendiri serta ucapan dan komunikasinya yang lemah lembut, tidak sombong dan meninggi diri membuatkan orang ramai sukar mempertikaikan kejujuran beliau.

Muhammad yang selepas itu diangkat menjadi nabi dan Rasul, adalah pembawa ajaran agama Islam yang juga digelar sesetengah pihak sebagai Muhammadian. Namun, nama yang diberi sebenarnya Islam, bukanlah Muhammadian. Baginda pemimpin yang dipercayai ketika itu. Segala masalah akan dirujuk kepada Baginda. Kepakaran dan kepintaran Baginda terserlah ketika menjawab persoalan yang diajukan. Sebelum menjawab, Baginda akan meneliti terlebih dulu latar belakang orang yang bertanya.

Sekiranya ditanya mengenai amalan terbaik perlu dilakukan, Baginda akan menjawab berdasarkan kekurangan yang ada pada mereka. Jika orang menyoal kurang memberi salam, maka Baginda menjawab amalan yang paling baik adalah memberi salam. Inilah kehebatan psikologi Baginda.

Muhammad adalah pemimpin umat Islam. Baginda bukan sekadar pemimpin umat Islam bahkan pemimpin seluruh manusia. Nasihat dan teori Baginda bukan saja ditujukan untuk penganut di kalangan Arab Islam, malah merangkumi masyarakat India, Cina, Kadazan, Bidayuh, Iban, masyarakat di pedalaman, utara, selatan, timur, barat dunia dan sesiapa saja di seluruh dunia.

Sebagai contoh, masyarakat dunia mengakui kepentingan moral, etika, akhlak dalam politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Baginda pernah menjelaskan bahawa Baginda dilahirkan atau berada di dunia ini adalah bagi membetulkan akhlak manusia dari setiap segi.

Baginda cuba memberi penerangan sejelasnya melalui ceramah, rapat umum, menghantar wakil untuk menerangkan mengenai akhlak, dokumen berbentuk surat dan sebagainya. Meskipun usaha ini tidak disenangi beberapa pihak, Baginda tetap dengan pendirian membuatkan penduduk dunia bermoral dan berakhlak mulia.

Beliau berpegang dengan prinsip rahmatan li al-'Alamin yang membawa erti sebagai kasih sayang secara universal. Keteguhan Baginda dalam menyebar luas ajaran etika murni ini menjadikan beliau layak menjadi pemimpin semua manusia.

Peribadi Baginda begitu menepati ciri pemimpin sempurna bagi manusia. Pemimpin yang tiada tandingannya. Baginda disifatkan oleh seorang penulis pada 1978, Michael H Hart, yang menerbitkan sebuah buku bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah sebagai pemimpin paling berpengaruh. Ia menyenaraikan kedudukan 100 tokoh. Orang pertama yang paling berpengaruh menurut beliau ialah Muhammad bin Abdullah.

Kejayaan Baginda dalam mengubah situasi masyarakat ketika itu berada dalam fasa kebodohan (zaman Jahiliah) menjadi masyarakat berjaya mengatasi kehebatan kuasa besar pada zaman berkenaan iaitu Kerajaan Rom dan Kerajaan Parsi yang menindas, begitu menggemparkan. Ia terserlah apabila seorang panglima daripada kalangan pengikutnya, iaitu Rub'i bin 'Amir berhadapan pembesar Parsi, Rostum.

Apabila ditanya objektif kedatangan beliau ke Parsi, dengan berani, beliau menjawab tujuannya adalah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Tuhan serta bebaskan manusia daripada sistem manusia yang sempit kepada sistem ajaran akhlak yang luas. Begitulah kehebatan mereka.

Kejayaan Muhammad Abdullah, antara lain berupaya menyatukan perbalahan, permusuhan dan peperangan antara dua kaum dominan iaitu Aus dan Khazraj sehingga memperkuatkan lagi bahawa Baginda =tokoh yang sesuai menjadi pemimpin manusia. Tambah menakjubkan lagi, ketokohan Baginda dalam mendidik nilai mulia dalam diri masyarakat ketika itu menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Ansar sanggup menyerahkan harta, bahkan isteri demi membantu golongan Muhajirin yang dalam kesusahan. Keakraban mereka ini, sudah pasti kesan kepemimpinan Muhammad.

Golongan Muhajirin yang berada di dalam kesusahan mempunyai sikap tersendiri. Mereka tidak mahu menyusahkan pembantu mereka. Mereka hanya bertanyakan di mana tempat perniagaan yang boleh dijalankan. Tambahan lagi, ada juga yang belum berkahwin demi menyelesaikan masalah akhlak yang lebih penting hasil didikan Muhammad.

Kita juga dapat melihat ketokohan Baginda dalam memimpin manusia, antara lain mengubah sikap Umar al-Khattab daripada pemabuk menjadi pemimpin agung. Mengubah Zul Bajadain daripada pemewah dan si kaya menjadi manusia ikhlas dan tekun beribadah. Memberanikan Abu Dzar menghadapi musuh walau diseksa.

Inilah antara revolusi moral yang dicetuskan Muhammad bin Abdullah. Jenayah ketika pemerintahan beliau jarang berlaku. Dalam masa 10 tahun di Madinah, sedikit sangat kes yang dibawa untuk diadili. Ia juga termasuk kes di mana sahabat sendiri mengakui kesalahan mereka. Baginda berjaya mendidik manusia menjadi insan mulia sehingga mereka rela mengakui kesalahan sendiri. Keikhlasan mereka tergambar pada pengorbanan dalam membantu Muhammad sama ada harta mahupun nyawa.

Sikap kepemimpinan beliau juga terserlah pada konteks politik, di mana Baginda tidak menyalahgunakan kekuasaannya. Baginda tidak menindas, membuli, bersifat diktator dan sebagainya demi kemewahan diri. Jika Baginda mementingkan diri, sudah pasti Baginda sudah menerima tawaran musuh seperti kuasa pemerintahan, wanita dan harta kekayaan. Inilah pemimpin ideal yang teguh pendirian dan tegas dengan prinsip apabila bercanggah dengan nilai mulia.

Pada aspek ekonomi, ketokohan Baginda dapat dilihat, bagaimana Baginda tidak mementingkan kekayaan. Bahkan, hasil didikan Baginda, isterinya sendiri sebelum meninggal dunia pernah menegaskan rela tulangnya digunakan sebagai pengorbanan dan cagaran demi menegakkan kebenaran. Inilah aura kepemimpinan Muhammad. Jika Baginda berjaya merampas harta perang, beliau agihkan kepada orang lain dan memilih sikap bersederhana. Di manakah kepentingan Baginda di sini?

Dari segi sosial, Baginda tidak memilih status melebihi orang lain. Buktinya, Baginda menolak tawaran kekayaan daripada musuh. Sambil memerintah, Baginda juga bekerja seperti menggali parit besar bersama sahabatnya dalam peperangan Khandak. Jika anaknya mencuri dan bersalah, Baginda menegaskan bahawa Baginda sendiri yang menghukum anaknya. Baginda tidak menganggap diri sendiri mempunyai hak istimewa berbanding orang lain.

Inilah sebahagian tanda ketokohan Baginda dalam memimpin manusia. Tanpa mementingkan diri dan menyalahgunakan kuasa yang dimiliki, ia sudah cukup membuktikan Baginda pemimpin semua manusia. Sesiapa saja yang mengenali Baginda, sudah pasti mereka akan mengagumi dan mengakuinya sebagai pemimpin paling berpengaruh. Bagindalah Muhammad Abdullah, pemimpin agung semua manusia.

Penulis adalah Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya


Sumber: Berita Harian 30.3.2007
Sama - sama kita berusaha meningkatkan kualiti diri sebagai pemimpin pelajar agar dapat menjadi pemimpin yang dihormati kerana sifat kepemimpinan yang mulia. Mengubah sesuatu keadaan itu sememangnya bukan suatu perkara yang mudah, namun sama - samalah kita berusaha membaiki diri ke arah kebaikan.

Prepared by
~ Nur A'isyah, Pen. Ketua Pengawas :) ~



Saturday 9 April 2011

SMKA Naim Lilbanat menggapai ' Sekolah Berprestasi Tinggi'

Assalamualaikum,
kaifahalukumulyaum??
nahnu bikhair walhamdulillah...


dahulu, SMKA Naim telah berjaya meraih gelaran status Sekolah Kluster Kecemerlangan, dengan dua bidang kluster kecemerlangan iaitu Bahasa Arab dan Kawad Kaki.


kini, SMKA Naim sekali lagi dirisik oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinilai seterusnya diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia,insyaAllah...


Pastinya, ada yang tertanya..." Apakah sebenarnya kelayakan untuk diiktiraf sebagai SBT?' dan ada juga yang mula mencermin diri masing - masing..lalu bertanya ' layakkah kita?'


Soal kelayakan tidak perlulah dibincangkan di sini. InsyaAllah jika ada rezeki, Allah akan mempermudahkan urusan sekolah dan kita semua ke arah menggenggam status SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI suatu ketika nanti.


APA?



Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 27 Julai 2009.
".....sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".

                          (YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, PICC, 27 Julai 2009)
        Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
        Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.
        Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT kohort 1 oleh YAB Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Majlis pengiktirafan SBT telah diadakan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010.
DEFINISI 
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.
RASIONAL
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:
a) Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
       
- Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
b) Menghasilkan Murid Cemerlang        - Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
c) Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem       - Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lenih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT
    Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek berikut:
a) Pengurusan Kurikulum
b) Pengurusan Kewangan
c) Pengurusan Sumber Manusia berdasarkan prestasi
d) Pemilihan murid
***
Kami terpanggil untuk berkongsi dengan semua apakah sebenarnya di sebalik pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi?? Tidakkah kita perlu mengetahui dengan jelas akan matlamat kita semua? Segala susah payah pihak sekolah, pentadbir dan guru - guru dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan yang tinggi ini, pastinya akan lebih bermakna jika kita semua, semua minda kita, tindak tanduk kita semua ke arah gol yang sama!
Rasanya masih banyak yang perlu dibaiki oleh kita semua, Naimians. Sama - samalah kita berubah ke arah lebih positif dan melakukan anjakan paradigma. Semoga suatu hari nanti, kita semua akan memberi suatu kejutan buat masyarakat dunia akan kehebatan hakiki warga Naim.

Sunday 3 April 2011

Majlis Graduasi Kali ke-6 SMKA Naim Lilbanat

Pada hari Sabtu bersamaan 2 April 2011,
sebuah acara gilang gemilang telah berjaya dilangsungkan.
Majlis Graduasi Kali ke-6 SMKA Naim Lilbanat dilangsungkan dengan jayanya.
Para graduan , serikandi gemilang Naim diraikan dengan kehadiran beberapa tetamu VIP, yang juga disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Md. Din.
Kehadiran semua pendidik anak bangsa Naim dan juga ibu bapa cemerlang turut memeriahkan lagi majlis tradisi Naim.


Seperti biasa, beberapa pengawas juga turut terlibat dalam majlis tersebut.
Kali ini, hanya pengawas tingkatan 4 dan 5 yang dipanggil untuk menghadirkan diri. Tugas kami ialah membantu para guru yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa majlis tersebut. Demi kelancaran majlis, pengawas - pengawas telah diberi tugas tertentu seperti bertugas di bahagian sambutan, kawalan dalam dewan juga pendaftaran. Walaubagaimanapun, kami bagi pihak badan pengawas meminta maaf kerana tidak semua pengawas dapat menghadirkan diri kerana tinggal jauh dari Kota Bharu.




 Majlis bermula pada jam 9 pagi, dimulakan dengan perarakan masuk para graduan, guru - guru seterusnya jemputan VIP.


Alhamdulillah, keputusan SPM 2010 telah mencatatkan suatu memori yang paling manis dan bermakna dalam sejarah Naim. Dengan peningkatan gred purata sekolah, iaitu 2.09..Naim hanya setapak belakang Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Walaupun tiada pelajar yang mendapat kesemua subjek A+, tetapi seramai 26 orang pelajar telah berjaya mendapat straight A's. Dua orang pelajar telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik, iaitu ukhti Tasnim bin Taha yang tidak asing lagi di bumi Naim. Juga seorang lagi pelajar iaitu, Fatini bt Mat Hussin. Tidak lupa juga, 4 anugerah ketokohan telah dianugerahkan kepada empat serikandi Naim yang mengharumkan nama sekolah. 3 daripada mereka merupakan pengawas sekolah sesi 2010. 

Mantan Ketua Pelajar 2010, Nur Aliya bt Mohd Shukri dianugerahkan sebagai TOKOH KEPIMPINAN, dan dua lagi anugerah ketokohan dianugerahi kepada Naib Bendahari Badan Pengawas 2010 juga ukhti Tasnim b Taha.


Semoga para pengawas semua mendapat suntikan inspirasi untuk menjadi seorang pelajar yang dibanggakan oleh sekolah kerana ketajaman mindanya, kepetahan melontarkan idea - idea bernas, kecergasan fizikal juga mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. INGATLAH!

 Pelajaran nombor satu, tapi !
tanggungjawab sebagai pemimpin bukanlah nombor dua. 
Renung - renungkanlah...




Saturday 19 February 2011

Kem Pemantapan Organisasi Pengawas 2011 (KPOP)

Kem ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Aspurina Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Naim Lilbanat. Objektif kem dijalankan bagi memantapkan organisasi sekolah sekaligus memantapkan sahsiah para pengawas. Tambahan, kem ini diadakan pada 10-12 February 2011.


Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan telah diadakan pada hari ganti sekolah (Sabtu, 19/2/2011) .
Pelbagai acara telah dijalankan dan sangat meriah dengan persembahan pelajar.
Para pelajar juga turut dijamu dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap^^

Mari kita lihat gambar-gambar di bawah.

Berlaghokk mengelilingi sekolah :)


Ceramah 'RasulAllah Idola Kita' Oleh Ustaz Azhar.

Para guru sedang berselawat.
Beberapa guru sedang berzanji.
Akhir kalam, sama-samalah kita menghayati serta mengamalkan sunnah-sunnah RasulAllah S.A.W. Begitu juga dengan mencintainya :)

Friday 18 February 2011

6 Februari 2011 ,iaitu semalam SMK (A) Naim Lilbanat telah mengadakan satu Sukantara yang bermula pada 3:30 petang dan berakhir pada 5:30 petang . 

Semestinya ada yang merungut :

- Apa???? Sukantara hari ni ? Kenapa cepat sangat?
- Alahai malasnya diri ini ini nak pergi . Kalau tak pergi agak - agak kena marah tak?
(ni memang soalan tak logik)
- Malas la nak jaring bola , nak kena lontar peluru . Leceh laaa , baik duduk bawah pokok atau mana-mana tempat teduh yang terhindar daripada bahang matahari .

Konklusinya , bermacam-macam ragam manusia !

Walau bagaimanapun , KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.
HARAP MAKLUM !

Jadi , setiap yang terjadi pasti ada kenangannya .
Ini dia gambar yang sempat kami ambil semasa aktiviti dijalankan  !



Teacher Nadihhani dan Sir Suzuki sedang khusyuk melihat aksi pelajar - pelajar.




Kamera di depan ? Apa lagi...



Pasukan Nusaibah (Hijau) sedang bergambar



Itu dia ! pelajar form 3 tengah aim nak shoot bola . Masuk ke tak? masuk ke tak?


 Ni dia Ustaz Kamil , sedang mengambil markah bagi setiap lontaran yang melepasi garisan.
Siapa lepas , dia DAPAT ! 
Dapat apa ? 
Dapat menyumbang markah .


 Alahai cunnya ustazah kita hekhekhek.


 Agak agak bola tu lepas tak net? jeng jeng jeng..


 semua dah khusyuk tengok . si pelontarnya , bila nak lontar? hehe


Yes saya dah buat ! Rasa rasa lepas tak garisan?