CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 3 April 2011

Majlis Graduasi Kali ke-6 SMKA Naim Lilbanat

Pada hari Sabtu bersamaan 2 April 2011,
sebuah acara gilang gemilang telah berjaya dilangsungkan.
Majlis Graduasi Kali ke-6 SMKA Naim Lilbanat dilangsungkan dengan jayanya.
Para graduan , serikandi gemilang Naim diraikan dengan kehadiran beberapa tetamu VIP, yang juga disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Md. Din.
Kehadiran semua pendidik anak bangsa Naim dan juga ibu bapa cemerlang turut memeriahkan lagi majlis tradisi Naim.


Seperti biasa, beberapa pengawas juga turut terlibat dalam majlis tersebut.
Kali ini, hanya pengawas tingkatan 4 dan 5 yang dipanggil untuk menghadirkan diri. Tugas kami ialah membantu para guru yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa majlis tersebut. Demi kelancaran majlis, pengawas - pengawas telah diberi tugas tertentu seperti bertugas di bahagian sambutan, kawalan dalam dewan juga pendaftaran. Walaubagaimanapun, kami bagi pihak badan pengawas meminta maaf kerana tidak semua pengawas dapat menghadirkan diri kerana tinggal jauh dari Kota Bharu.




 Majlis bermula pada jam 9 pagi, dimulakan dengan perarakan masuk para graduan, guru - guru seterusnya jemputan VIP.


Alhamdulillah, keputusan SPM 2010 telah mencatatkan suatu memori yang paling manis dan bermakna dalam sejarah Naim. Dengan peningkatan gred purata sekolah, iaitu 2.09..Naim hanya setapak belakang Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Walaupun tiada pelajar yang mendapat kesemua subjek A+, tetapi seramai 26 orang pelajar telah berjaya mendapat straight A's. Dua orang pelajar telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik, iaitu ukhti Tasnim bin Taha yang tidak asing lagi di bumi Naim. Juga seorang lagi pelajar iaitu, Fatini bt Mat Hussin. Tidak lupa juga, 4 anugerah ketokohan telah dianugerahkan kepada empat serikandi Naim yang mengharumkan nama sekolah. 3 daripada mereka merupakan pengawas sekolah sesi 2010. 

Mantan Ketua Pelajar 2010, Nur Aliya bt Mohd Shukri dianugerahkan sebagai TOKOH KEPIMPINAN, dan dua lagi anugerah ketokohan dianugerahi kepada Naib Bendahari Badan Pengawas 2010 juga ukhti Tasnim b Taha.


Semoga para pengawas semua mendapat suntikan inspirasi untuk menjadi seorang pelajar yang dibanggakan oleh sekolah kerana ketajaman mindanya, kepetahan melontarkan idea - idea bernas, kecergasan fizikal juga mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. INGATLAH!

 Pelajaran nombor satu, tapi !
tanggungjawab sebagai pemimpin bukanlah nombor dua. 
Renung - renungkanlah...




0 comments: